Skip to main content

LADYBOSS





Assalamualaikum, semua. Nama diberi Aziefa Rosnie. Boleh panggil Effa atau Ziefa. Nak pendek panggil Effa, kalau nak panjang panggil Ziefa. Kalau rajin, panggil nama penuh. Dalam gambar macam tua kan ? Dengan senyum tak nampak matanya. Okay, aku memang ada mix chinese belah mama. So no wonderlah sepet cuma aku gelap sikit sebab ikut gene bapak lebih. Tapi aku muda lagi okay. Baru 17 tahun untuk tahun 2016 ni. So kalau ada orang baca entri ni dua tiga tahun akan datang, haa pandai pandai congak sendiri ya. Aku stay dekat Ipoh, Perak ni je. Kalau ada sesiapa nak meet ke nak ajak buat bisnes ke apa ke tak pun jadi model ke kan, boleh lah cari aku kat Ipoh ni.

Aku ni kiranya takdalah hot mana. Takda gunanya. Tapi, dari aku umur 11 tahun dah aku minat blog blog ni. Dari edit warna warni. Guna blogskin cecomel. Sehinggalah sampai sekarang blog aku macam ni. Akhirnya aku selesa begini dan sebenarnya aku dah ada berpuluh-puluh blog yang aku dah lupa laman webnya. Haaa nasiblah siapa yang terjumpa blog lama aku tu dan terjumpa cerita cerita tahyul aku tu. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Aku single lagi dan bercadang nak buat kenduri kahwin tahun 2019 nanti. InsyaAllah. Semuanya atas izin Allah. Jangan lupa doakan.

Aku taktahu nak cakap apa tapi tujuan utama aku blogging ni ialah aku nak share certain things dengan readers. Bukan semua boleh share tau. Ada sesetengah cerita boleh share dan contohnya ada dekat categories atas tu. Boleh check.

Aku ni pun simple aje orangnya. Tak banyak songeh. Even aku bertutup litup macam ni, kalau korang nak tahu. Aku jiwa rockers beb! Haaaa jangan memain, nanti aku hempuk kau dengan gitar lektrik tapi tak mungkin kerana sayang. Aku baik orangnya. Bukan jenis menyakitkan orang. Yang penting, aku kawan aje dengan semua orang. Tak kira baik alim jahat biasa biasa ke apa cantik buruk tinggi rendah semua boleh jadi kawan aku. Aku tak memilih pun as long as kau tak tikam belakang aku.

Minta maaf kepada readers yang lebih tua sebab aku guna kau aku kat sini. But when it comes to personal conversation, let me know your age and I will call you kakak or adik or nama (bagi yang sebaya).

So, macam mana nak contact aku. Boleh klik kat mana-mana satu icon tak kira insta ke fb ke twitter ke dan sebagainya. Semua sama sebab at lastnya kau boleh contact aku. Jangan risau kalau aku tak balas. Aku bukannya ada followers or friendlist berpuluh ribu sampai tak sempat nak balas dm pm inbox yang korang sent. Boleh juga email aku kat aziefarsn@gmail.com atau aziefarsn@yahoo.com atau myssaziefa@yahoo.com.my

Email pun ada tiga, kau bayangkan lah berapa banyak account sosial and blog yang aku ada sampai aku boleh lupa. Sampai satu tahap aku fed up, aku salin semua email and username sekali dengan password sebab takut lupa.

Terima kasih sebab stay tune for all my crazy posts and sudi get to know me. Semoga apa yang aku share dalam blog ni bermanfaat and yang tak bermanfaat tu boleh buat bahan untuk gelak atau menangis okay.

AZIEFA.


Comments

Popular posts from this blog

New Kittens

Assalamualaikum w.b.t. semuaaaaa. Yuhuuuu! Okay aku nak bagitahu, aku ada anak kucing baru and bagi aku semuanya comel. Of courselah comel! Tengoklah siapa tuan diorang ni. Tapi apa yang aku tak puas hati ni, anak kucing lama yang selesema ni sibuk nak mengendeng lagi kat mak dia. Mak dia pun melayan. Hesh!
Bukan apa. Aku risau je selesema tu berjangkit. Mestilah! Memang lah kucing punya selesema ni tak berjangkit kat manusia tapi dia macam penyakit manusia jugak. Berjangkit jangkit sesama manusia. Haaaaa! Nanti anak kucing aku selesema macam mana.
So, sekarang ni aku tengah survey-survey suntikan vaksin untuk anak kucing ni weh. Nak bagi antibodi kuat sikit lepas sebulan dua bulan ni. Kau ingat anak kucing ni selamanya kecik ke ? Haaaaa nanti dia lagi gemuk dari aku okay.
Buat masa ni aku letak je deme ni dalam bekas. Lepas deme dah boleh lompat keluar dari bekas tu, baru aku pindahkan dalam sangkar. Bekas tu besar. Its just like besen tapi besen bentuk rectangle. Eh aku taktahu nak…

Scrub Badan Serbuk Beras & Kunyit

Assalamualaikum wbt, semua. Hopefully kau sihat & dalam keadaan yang bahagia. Now, aku nak share lah something benefit kat kau. Girls & women ni selain $ (duit), mereka juga mencintai wajah, kulit dan bentuk badan mereka. So, aku nak promote gila ni satu ramuan turun-temurun ni kat kau.Paling penting, tak mahai and senang dapat. Of courselah kan ? Girl ni weh, kalau barang mahal tu mesti dia fikir banyak kali nak grab ke tidak. Kang kalau grab kang menyosal kauuu. Bila benda murah muncul mulalah rambang mata. Tambah lagi kalau dia jumpa lagi murah, murah dan murahhhh. Melayang banyak duit bakhanggg πŸ’ΈπŸ’ΈπŸ’ΈπŸ’Έ Get ready, guys! Walaupun girl tak minta yang memahal tapi dia akan minta yang banyak. Ehehh ini dia scrub serbuk beras dan kunyit.First of all, ini dia khasiat yang terkandung dalam ramuan ni :- menanggalkan sel kulit mati
- mencerahkan kulit
- mengatasi jerawat
- mencegah jerawat
- mengawal minyak berlebihan
- anti-agingWajib pakai scrub ni dengan konsisten dekat badan ka…